KAWAN-KAWAN TERSAYANG

Thursday 28 January 2016

Hati Goteng Kunyit...



Sejak dua menjak ni memang aku asyik pening kepala jer...
Ishh bukan ada isi ek...
Ini jenis migrain ke apa ntah...
Asyik pening jer..manjang badmood...
So en asben cakap maybe darah rendah kot sbb asyik gelap mata jer..
So en asben beli la hati ayam ni...
Nasib baik la aku ni jenis makan semua benda2 dalaman ni...
Aku mmg jenis makan xde la memilih bagai..
Apa yang ada aku telan..
So jadi la menu ayam goreng kunyit..
Pemalas punya orang kan...
Ni je masakan paling ringkas..
Campur jer kacang panjang sekali...


Bahan-bahannya: 
Hati ayam
1 sk serbuk kunyit 
1 biji bawang besar - hiris 
3 batang lada merah - hiris 
1 sk serbuk perasa
garam cukup rasa 
minyak masak 
kacang panjang 

Cara-caranya: 
1. Gaul hati ayam dengan garam, serbuk perasa dan serbuk kunyit dan goreng.
2. Masukkan kacang panjang dan kacau sebati. 
3. Bila kacang panjang hampir layu masukkan pula hirisan bawang dan lada merah, kacau sebati. 
4. Biar hingga hirisan bawang dan lada merah agak layu barulah ditutup apinya. 


Tuesday 19 January 2016

Khalifah Allah..




Dah brapa minggu dah start sekolah...
Baru rini mama ada masa nak update citer Rusydi g school...
Dari malamnya lagi excited nk g school..
Bgun pagi tak payah kejut..
Bangun sendiri...
Lagipun dia dah biasa bgun n mandi pagi2 sbb nak g umh bbysitter...




Sampai jer kat Little Caliph terus menonong pergi kt port peberet dia..
Iaitu mainan...
Memang dia jenis spesis tak takut org..
Budak2 lain ada yang meraung takut kena tinggal..
Rusydi ni bila tengok kalau aku hilang pun tak kisah ni...
Memang dia wat tak tau jer...




Dah dapat nametag...
Sebab nama terlalu panjang...
Teacher tanya nak panggil apa..
So aku cakap jer la panggil Rusydi la senang...
Nama betul Wan Muhammad Rusydi Adzan...


Lepas tu dah kena beratur ikut umur..
Tengok budak tu depan sekali...
Rendahnya ko nak...
Aku rasa dia dh tinggi...
Ada lgi budak lagi tinggi rupanya..


So hari dimulakan dengan doa...
Sejuk hati aku nengok dia...
Dah besar rupanya anak aku...
Masih ingat lagi time aku bersalin kat dia...
Masa ni entah nape plk aku rasa touching tengok dia....




Hope Rusydi akan jadi anak yang baik..
Abang yang baik...
 Khalifah Allah....


Monday 18 January 2016

Cekodok Pisang Kembung..



Hujan2 ni layang cekodok sedap jgk...
Kebetulan ada pisang yg xde plak org nak makan..
So kita kasi transfom jdi cekodok..
Hah licin jgk akhirnya...
Takde la nak membazirkan...

Resepi ni cedok dari dapur CMG...
CMG bikin cekodok durian...
Umh aku ni mana la ada durian bagai...

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 cawan tepung gandum*
1 camca besar baking powder*(*disatukan dan diayak)
1/4 cawan gula halus
1 biji telur, pukul sedikit
1/2 cawan isi pisang, lecek halus
1 1/2 cawan air (atau secukupnya)
Secubit garam

CARA MEMBUATNYA :-)
Satukan semua bahan2 di atas, kecuali air, kacau rata dan tuang air sedikit demi sedikit dan kacau hingga sebati. Rehatkan 10 minit.
Panaskan minyak dan goreng seperti cucur biasa, mat guna 1 camca besar adunan untuk sebiji cucur, goreng 10 - 12 biji sekali buat, bergantung pada saiz kuali. Masak dengan api sederhana hingga kuning keemasan, angkat dan toskan. Hidanglan untuk minum petang...

Friday 15 January 2016

Sambal Daging....




Sambal daging camni memang peberet aku...
Walaupun pagar agar jarang ada aku kesah...
Lepas tu pandai2 la g gosok gigi kan...
Gaul dengan nasi panas2...
Goreng telur dadar pun jadi...

BAHAN-BAHAN : 

500 grm daging batang pinang 
3 sudu besar cili sos 
2 batang serai - ketuk 
1-2 cawan air 
Garam secukup rasa

 BAHAN DIKISAR : 

4 biji bawang merah 
3 biji ulas putih 
3 cm halia 
5 biji cili kering 
2 batang serai - saiz besar 

CARA MEMASAK : - 

Bersihkan daging dan potong kecil-kecil kemudian digaul dengan garam serta kunyit . 
Panaskan 1/2 cawan minyak dan goreng daging sehingga masak lebih kurang dalam 15-20 minit . Angkat daging dan ketepikan . - 

Cili kering dipotong dan direndam dalam air panas mendidih sehingga kembang . 
Kupas semua bawang dan bersihkan halia kemudian kisar semua bahan-bahan ni .  
Panaskan minyak secukupnya dan tumis bahan-bahan dikisar dan serai sampai masak serta terbit minyak . 
Masukkan bawang besar serta daging yang sudah digoreng tadi , Masukkan cili sos . 
Kacau semua bahan serta masukkan air dan kacau . 
Biar kuah mendidih dan daging menjadi empuk serta kuah menjadi pekat jika kurang masin boleh la ditambah sikit garam . 

Tuesday 12 January 2016

Ketam Sweet Sour...



Haa meriah ko...
Makan ketam katanya...
Kebetulan ada member en asben jual ketam ni 4 ekor RM10....
Dah la orang tua tu suka ketam...
Apalagi sambar la...
Bikin ketam sweet sour,..
Makan la puas2..

Tapi macam biasa la aku la yang stress..
Si anak pula suka makan ketam...
Mamanya nak kopek pun terkial2...
Si anak2 jenis tak menyabar..
Merengek2 kat sebelah...
Rasa nak pelempang jer sebijik....

Okeyla jemput tengok resepi jer la yer...

Bahan-bahannya:

4 ekor ketam  - digoreng dulu
1/2  cawan cili sos
1/4 cawan tomato sos
2 ulas bawang merah ditumbuk
2 ulas bawang putih ditumbuk
1 sudu besar gula
garam secukup rasa
1/2 cawan  air sejuk
minyak untuk menumis

Cara-cara menyediakannya:
Panaskan minyak dalam kuali.
Tumiskan bawang dan kacau hingga kekuningan.
Masukkan cili sos dan tomato sos.
Masukkan air, gula dan garam secukup rasa.  Kacau.
Masukkan ketam dan kacau.
Angkat dan hidangkan.

Wednesday 6 January 2016

Tortilla..



Bekfes untuk kitaorang hari ni..
Bila mama malas nak masak.
So penyelamatnya makanan macam ni la..
Lagipun anak-anak mmg suka...

Senang jer beli jer tortilla bread ni...
Lepas tu susun jer nugget dan daging beger yg dipotong..
Aku letak tomato , capsicum...
Letak mayinis, thousand island n sos cili...
Yummmy......