KAWAN-KAWAN TERSAYANG

Wednesday 27 May 2015

Bubur Nasi..



Hari ni halday jer keja..
sebabnya xsihat..dok pening2 jer nengok keja nih..
Balik umh perut lapar..
Rasa teringin sgt nk makan bubur..
So jamu la yer ngn bubur nasi nih..

Bahan2 untuk bubur nasi:
- 2 pot beras
- Seulas halia
- Sebatang kulit kayu manis
- 2 biji bunga lawang
- Ayam yang dipotong kecil
- Santan
- Air secukupnya 
- Garam, lada sulah dan sedikit gula sebagai perasa.
*campurkan kesemua bahan dan tanak nasi seperti biasa di atas dapur sehingga nasi menjadi bubur.

Bahan 'aksesori':
- 2 ketul ayam - digoreng, dan diracik halus.
- Ikan bilis - digoreng
- Bawang goreng
- Daun sup - dihiris halus.

Monday 25 May 2015

Pasta Elbow..Bekalan Anak-Anak...


Ni bekfes Rusydi dan Rizqi hari ni..
Ada lebih ckit bawak umah bbysitter dia..
Makan ngn kawan2 dia...

Ini mmg peberet dia la...
Dalam ni baru bdk 2org ni makan tomato..
Kalau x mmg susah ckit nak makan tomato...
Asyik karot ngn kacang jer...

Oklah resepi simple jer kat bawah..

Bahan-bahan  

500gm - pasta elbow direbus- masukkan sedikit minyak/garam  
500gm daging cincang 
1 botol kecil sos spaghetti / prego tradisional 
2@3 biji bawang besar - dicincang 
5 ulas bawang putih - dicincang/ditumbuk 
3 sudu besar sos cili 
3 sudu besar sos tomato 
1 kiub pati ayam 
Tomato - dipotong kiub -
Sosej - ikut nak byk mana - dipotong menyerong 
Minyak masak 
Garam

Didihkan air dalam periuk,masuk garam 2 sudu kecil,
masukkan spaghetti,masuk 2 sudu minyak.
Angkat setelah spaghetti lembut. 

Panaskan kuali dgn minyak,masukkan bawang putih dan bawang merah.S
etelah naik bau,masukkan sos cili dan sos tomato.
Tumis sampai naik minyak. 
Setelah itu,masukkan isi daging cincang.
Masukkan sedikit air,biar sekejap.
Kemudian masukkan kiub pati ayam 
Then,masukkan sos spaghetti.
Masuk tomato dan sosej.
Gaul rata.
Dan bolehlah dihidangkan bersama elbow.


Wednesday 20 May 2015

Ikan Bawal Hitam Masak Kicap...


Masak kicap ni mmg pebret isi rumah..
Ada plk ikan bawal hitam sekor...
Mmg kicap jer la ideanya..
Tapi aku punya ni xberkuah sgt..
Kalau suka kuah bleh tambah air...

Bahan bahan:
1 ekor ikan bawal hitam - lumur garam kunyit dan digoreng seketika
1 sudu besar cili kisar
4 ulas bawang merah
3 ulas bawangputih
1 inci halia
1 batang kulit kayu manis
Kicap
Cuka
Gula
Serbuk perasa secukup rasa
Karot - hiris
Daun bawang - hiasan

Cara cara:
Kisar bawang bawang dan halia. Tumis bahan kisar dan cili kisar serta kulit kayu manis sehingga garing dan masak cilinya.

Masukkan kicap, cuka dan air sedikit. Masak lagi hingga mendidih.

Masukkan karot, gula dan serbuk perasa. Masukkan ikan.

Akhir sekali bolehlah diangkat dan tabur daun bawang.

Tuesday 19 May 2015

Nasi Lemak Dengan Paru Goreng Berempah..



Sebab semalam dah hbis posa gnti....
So rini pagi2 dh masak nasi lemak...
So goreng paru berempah...
Asben suka sgt makan paru goreng garing2 cmni...
Hiris nipis2 dah goreng garing ckit...
Mmg peberet dia la...
Kalau kt kedai pun mesti order paru sambal....
Okey la kat bawah aku kasi resepi paru goreng berempah...
Nasi lemak ni semua org dh pndai masak....

Bahan-bahan:
Paru  ~ potong kecil, dan nipis
5 ulas bawang putih**
2 biji bawang besar**
1 inci kunyit hidup**
1 inci halia**
5 batang serai**
1 sudu besar ketumbar(sangai/goreng tanpa minyak)**
**ditumbuk atau dikisar kering

1 sudu besar serbuk kari ayam/daging
1 sudu besar serbuk cili
1 sudu teh serbuk kunyit
3 sudu besar tepung jagung
1 tangkai daun kari
Garam
Minyak untuk menggoreng.

Cara cara:
Paru yang telah dibersihkan digaul dengan bahan yang telah dikisar/ditumbuk dan daun kari, lalu diperap. Perap selama 30 minit.
Kemudian goreng paru hingga garing.



Bubur Som-Som Pandan..



Ni dessert berbuka semalam...
Sedapnyer lalu kat anak tekak...
Dessert yg senang sangat nk buat...
Dan sedap dimakan...

SUMBER : Kak Yati

Bahan-bahan A

100 g tepung beras-Yatie guna 1 cwn
100 g tepung jagung-Yatie guna 1 cwn
1,750 ml santan (500 ml KARA+ air)
1 sk garam atau secukup rasa
sedikit pewarna hijau
2 helai daun pandan-disimpulkan

SIRAP GULA MELAKA :-(saya buat separuh adunan sirap gula melaka ini)
500 g gula melaka
1/4 cwn gula pasir
1000 ml air
2 helai daun pandan - disimpul

Cara-cara
Masak sirap gula hingga gula larut dan tapis.Ketepikan dulu.
Satukan kesemua bahan2 A, tapiskan dan masukkan ke dalam periuk dan gaul rata.
Masak hingga pekat dan kilat,hingga adunan meletup-letup, guna api sederhana dan sentiasalah di kacau rata.Biasanya msk dlm 1/2 jam.
Bila dah masak,tuang adunan ke dalam loyang atau acuan dan sejukkan.
Sajikan bersama sirap gula melaka.

Friday 15 May 2015

Jejaka Idaman...



Haaa ni dia jejaka idaman ramai nanti...
Hhihihi jgn kata malaya...eropah pun bleh jdi nih..
Kalau mak x puji...
Sapa lgi nk puji kan...Ahaksss...


Thursday 14 May 2015

Geram Kat Budak Ni...



Geram betul kat budak kecik ni sekarang....
Dah setahun ni panjang plk akalnya...
SekaRang dah pandai kenyit2 MATA....
GerAm plk rasanya...
Bila kita marah2 ckit...bulat2 mata kat dia..
Waa masa tu dia main2 mata...kenyit2...
Macam bapak ko dulu2..

Nakkk oiii ko tak tau...
Bab kenyit2 mata bapak ko la..
Mak ko ni bleh sangkut,....hahahha

Okey la sambung keja...
Jap g bleh balik awal...
Nak balik gomol anak plk...
Nak gomol bapak kan batal lak posa den...
hahahhaha....
Babaii...


Tuesday 12 May 2015

Puding Roti Marble...


Hari ni den posa...
Dah nk start ganti posa nih...
So lepas sahur td godek puding roti yg senang ni utk berbuka...
Alaaa senang jer...
Dah siap kita simpan dlm peti sejuk dulu...
Balik nanti baru kita ngap ekk...
Oklah babaiii....
Wat keja dulu,...

Bahan-bahan 
1 paket agar-agar tali (18g) - 
4 keping roti 
2biji telur 
1/2 cawan gula pasir 
1/2 cawan susu pekat manis 
1 tin susu cair 
2 sudu makan mentega 
3 1/2 cwn air 
Serbuk koko 

Cara-cara 
cuci agar-agar dan rebus agar2 dengan 3 cawan air (saya guna 4 cawan air). 
Rebus sampai agar-agar lembut dan cair 
blend roti, susu pekat, susu cair, 1/2 cawan air, telur dan gula 
bila agar-agar dah cair masukkan bahan yang tela diblend tadi (guna api sedang) 
tunggu sampai mendidih, 
masukkan mentega, 
kaau sampai mentega cair, 
tutup api bahagi kepada 2 bahagian 1 adunan guna koko, 1 adunan kaler asli (depends kat korang nak pakai kaler apa pun..hehe) 
ambil loyang, senduk 1 adunan berselang-seli...lapiskan dia, buat sampai habis dah siap, masukan dalam peti ais...sedia untuk dingapppppp!!! 


Friday 8 May 2015

Cendawan Tumis Kunyit...


MEnu di hari jumaat...
Ni menu utk bawak bekal skali...
Aku mmg suka lauk kering2 cmni...
Selamat mencuba yer...


SUMBER : syakitchen

bahan-bahan:
2 bungkus cendawan tiram kelabu-dikoyak kecil
2 ketul dada ayam-dipotong kecil
2 ulas bawang merah-dihiris
1 ulas bawang putih-dihiris
3 biji cili padi-dihiris(yang ni sha tak letak)
1/2 sk serbuk kunyit
air secukupnya
garam secukupnya

cara-cara:
1)tumis bawang merah dan bawang putih sehingga wangi.kemudian masukkan isi ayam yang dipotong kecil tadi.gaul sebati dan biar sekejap.
2)masukkan pula cendawan,garam,kunyit dan sedikit air.biarkan mendidih dan cendawan lembut sedikit
3)bila air agak kering,rasa jika ok tutup api.sedia dihidangkan.


Thursday 7 May 2015

Garlic Roll...


Dah lama plan nk cuba...
Kemain lama tertangguh...
Lastly jadi jgk...
Tapi xberapa nk kembang sgt...
Maybe ada la silap aku nih...
Ni kasi cicah ngn mushroom soup segera..
Alaaa beli yg jenama Campbell tuh...
Sedap cicah panas2...

SUMBER : iresepi

Bahan untuk roti

3 cawan tepung gandum ~
1 cawan air suam
2 sudu besar yeast
1 sudu teh garam
2 sudu besar gula
2-3 sudu besar olive oil ~

Bahan untuk Garlic Spread

50 gram butter
2 sudu daun ketumbar cincang halus2
5 cloves bawang putih di cincang halus2
-Campurkan dan kacau ketiga2 bahan ini.Siapp.

Cara Penyediaan:

Cara buat roti:

Campurkan semua bahan kecuali minyak dalam sebuah bekas dan uli sehingga menjadi doh yang lembut
Tambahkan minyak dan uli semula sehingga mendapat doh yang elastik
Sapukan sedikit minyak pada doh, tutup doh dengan tuala lembab yang bersih dan biarkan doh rehat selama 40 ~ 45 minit
Doh akan naik sekali ganda
Sementara menunggu doh naik kita sediakan garlic spread
Setelah adunan doh naik buka tuala lembab dan tumbuk-tumbuk doh dan uli sekejap
Kemudian bahagikan doh kepada 2 bahagian.
elek doh dengan kayu pencanai 1/2 inc tebal berbentuk empat segi memanjang
Sapukan Garlic Spread di atasnya dan gulung.
Buat kaedah yang sama pada doh yang kedua juga
Potong doh sama lebar sebanyak 4 potongan
Kita akan mendapat 8 potongan doh
Susun doh dalam tray yang telah di sapu dgn butter hingga habis
tutup semula doh dengan kain lembab dan rehatkan semula selama 30 minit supaya doh naik sekali ganda lagi.
Angkat kain lembab tadi dan sapukan baki Garlic Bread di doh tadi
Sapukan kuning telur pada permukaan doh dan taburkan bijan atau serbuk lada hitam jika suka.
Bakar doh dalam oven pada suhu 170 - 180 C selama 30 minit.


Wednesday 6 May 2015

JJCM : Burger KAW-KAW..


Hari minggu ritu bodek en somi g jalan2...
Sampai ke Ampang ok jln2...
Lepas tu dok round2 tanpa arah tujuan..
Lastly berhenti kat Burger Kaw Kaw..



So kat atas asben aku punya...
Diorg yg suggest kan...
Apa ntah nama..tp dlm tu dging kambing...
Lembut sgt...


Ini utk anak2 den....
Hihihi...Cheesey wedges...
Yg ni mak bapak pun tumpang sekali...


Float ni aku punyer....
Sesekali kan...


Ni asben punya....
Lupa lak air apa...



Ni plak aku punyer....
Biasa la aku kan mmg peberet beger....
Dah 2thun boikot McD....
Jarang dh makan beger...
Kdg2 teringin beli beger Din jer dpn umh...huhuhuuh


WW : Teruna Ku...







Tuesday 5 May 2015

Lunch Di Ahroy Thai...




KEnyang oooo  ku lantak makan td....
Mentang2 baru gaji kan...
SO my boss banjer makan kt Ahroy Thai...



Siyes makanan dia mmg sedap...
Bagi aku la kan...
Paling aku suka tomyam dia...kaw giler...
Ayam pandan wajib cuba sedap....
Telur dadar tu cam biasa la kan...
Pastu kacang botor goreng belacan pun sedap,,
Lagi 1 yg kitaorg order kerabu mangga....
Siyes sedap...mmg aku rasa xcukup..
Nak jer nanti aku heret en somi dtg makan...
Ops lupa ada jgk tauhu lembut masak sos tiram kot...



Yang belah kanan sekali tuh my boss...
Boss yg sgt best...
Mmg kepala giler2 punya...