KAWAN-KAWAN TERSAYANG

Saturday 19 July 2014

Iftar Hari-21 : Soto


SUMBER : Hany's Family

Satu ekor ayam, direbus di dalam 1.5 liter air dan diangkat, siatkan
dagingnya dan masukkan semula tulang ke dalam stok 
(Ada yang suka goreng dulu ayamnya selepas rebus, sebelum disiat. ikut korang la eh)10 ulas bawang merah kecil, dikisar
10 ulas bawang putih, dikisar 
 2 inci halia muda, dikisar 
1 inci lengkuas, dikisar 
2 batang serai, dikisar 
Satu peket rempah sup Adabi, dibuat pes
Satu peket rempah kurma Adabi, dibuat pes
2 biji buah keras, kalau suka
1.5 liter air, digunakan untuk membuat stok ayam - renih sekurang-kurangnya satu jam
3 sudu makan minyak masak
Gula dan garam secukup rasa

Cara
1. Panaskan minyak
2. Tumiskan bahan yang dikisar sehingga terbit bau
3. Masukkan pes sup, biarkan sehingga naik bau
4. Masukkan stok ayam (bersama tulang) dan buah keras
5. Didihkan dan sesuaikan gula dan garamnya


Meratah Sayur





Alhamdulillah senang bagi aku nak bagi si Rusydi ni makan sayur...
Semua jenis sayur dia telan...
Antara peberet semestinya kacang pnjang, buncis, karot, kubis, petola dan macam2 la...
Asal kitaorg makan dia pun makan...
Memang kat umh aku ni kalau masak mesti ada menu sayur...
Paling malas pun ulam2 mesti ada..




 

Kadang bila suap dia makan..
Ada sayur2 peberet dia memang xpandang dh ayam semua tuh..
Paling peberet dia sup sayur...
Tu pasal aku klu goreng sayur memang byk terus...
Memang dia akan buat sesi meratah cmtu la...
 

Friday 18 July 2014

Iftar Hari-20 : Padprik Ayam.....Tragedi MH17


Bangun pagi tadi bukak2 tv angat2 terkejut...
Ku fikir MH370 dh jumpa...sebab tak bca tajuk..
Pastu tengok siap berasap lgi xkan la berasap plk...
Sekali baca MH17...Ya Allah...Dugaan lgi untuk Malaysia...
Belum selesai lagi kes MH370..
Dikejutkan lagi dengan MH17 dalam masa 4bln nih...
Sebagai seorang Islam...
Anggap la itu sebagai ketentuan Allah s.w.t...
Titipkan doa kepada mereka...

Berbalik pada menu hari ni...
Mood dah sedih...Mood malas pun ada...
Berbuka plk sorg2 lagi...
Bikin padprik ayam.
Senang...ada lauk dan sayur..
Bila lauk cmni Rusydi la paling suka sbb dok kutip sayur2...
Suka sgt dia..Tu pasal aku xbuat pedas...
Kesian plk dia nak makan...


Bahan-bahan:

1 cawan isi ayam dipotong kecil - senang anak-anak nak makan
3 ulas bawang putih ditumbuk kasar
2 ulas bawang merah ditumbuk kasar
1/2 labu bawang besar (Holland) dihiris bujur
1 sudu besar cili kisar
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap manis
1 biji cili merah dihiris serong
1 tangkai kacang panjang-potong 1 inci panjangnya
bunga kobis, karot dipotong ikut suka
3 helai daun limau purut dicarik kasar.
1 sudu teh tepung jagung dibancuh dengan sedikit air

Cara-cara:

1. Panaskan minyak dalam kuali. Goreng isi ayam hingga wangi dan masak (3-5 minit)- jangan angkat.
2. Masukkan bawang yang ditumbuk dan cili merah. Tumis hingga wangi. Masukkan cili kisar. Kacau. Masukkan sos cili, sos tiram dan kicap. Tambah sedikit air.
3. Masukkan sayuran. Tutup kuali seketika (2 minit)
4. Buka tutup. Masukkan sedikit garam dan gula (sedikit sahaja sebab sos dah ada rasa masin dan kicap ada rasa manis). Masukkan tepung jagung dan daun limau purut. Kacau.
5. Bila dah mendidih dan kuah pekat, tutup api dan hidangkan.

*** ada perbezaan rasa kalau kita tidak mengikut susunan memasukkan bahan ke dalam kuali.
Rasa ayam berbeza jika digoreng sebelum atau selepas bawang ditumis.


Tuesday 15 July 2014

Iftar Hari-16 : Kari Ayam Kubis


Baru nk masukkan en3 semalam..
Nak masuk semalam xsempat..
Si kecik ku ni meragam...
Tak bagi langsung aku dekat ngn laptop..
Nak ajk borak ngn dia jer...
Terpaksa la mak mengalah demi ank2 tersayang yer....
Ingat petang ni nk wat roti jala....
Ada lebihan kuah kari ckit lgi nih..
En Somi mintk buat roti jala..
Okeyla resepi di bawah yer...

SUMBER : Daisy-lala

Bahan-bahan :
10 ketul ayam
1/2 biji bawang besar di dadu
2 ulas bawang putih
sedikit halia
2 tangkai daun kari
kulit kayu manis, bunga lawang
5 sudu besar rempah kari Adabi  }
1/2 sudu besar serbuk kunyit       } bancuh dengan sedikit air
1 sudu besar serbuk cili Baba's    }
2 asam keping
2 biji kentang di potong empat
1/2 biji kobis di potong
2 biji cili hijau di belah dua
garam dan sedikit gula
air dan santan secukup nya


Cara-cara :

1. Tumiskan bawang, bawang putih, halia, daun kari, kulit kayu manis dan bunga lawang hingga wangi kemudian masukkan rempah yang di bancuh dengan sedikit air. Tumis hingga terbit minyak masukkan ayam. Balik-balikkan ayam masukkan air dan asam keping.

2. Biarkan mendidih masukkan kentang dan santan, masak hingga ayam lembut dan kentang empuk. Kemudian baru masukkan kobis dan cili hijau. Perasakan dengan garam, boleh tambah sedikit gula kalau perlu. 

Monday 14 July 2014

Iftar Hari-15 : Salad Mee Hoon


Bila berbuka sorg2 nih mood memasak pun ke laut...
Balik jer keja dh buntu nak masak apa...
Actually nak masak maggi jer...
Dok cari maggi nampak plk mee hoon yg tggl ciput...
Dok fikir nak watpe mee hoon..
Lompat sana sini dok cari resepi kt umh kekawan..
Lastly nekad nk cuba salad mee hoon ni kt umh Kak Raidah....
Bagi tekak aku boleh la telan....
Rasa rangup plk bila dikunyah ngn sayur2 tuh...
Boleh jadi menu diet nih...

SUMBER : Resepi Raidah 

Bahan-bahan:
200gm mee hoon ~ rendam dan direbus, toskan
1 keping salmon ~ dibakar dan dipecah2kan isinya ( kalau tak ada salmon, boleh digantikan dgn ayam/daging - aku gntikan dengan ayam
1 batang karot ~ dipotong memanjang
1 biji timun ~ dipotong memanjang
6 helai lattuce ~ dihiris- aku skip sebab xde
1 biji bawang besar ~ dihiris- lupa nk letak
1 biji tomato ~ dibuang biji dan dihiris 
 
Bahan sos:
3-4 sudu minyak zaitun
4 biji cili api ~ dihiris
1 ulas bawang putih ~ ditumbuk halus
3 sudu jus lemon ~ nk masam blh ditambah lagi
Garam, gula dan serbuk lada hitam ~ secukup rasa
 
Cara penyediaan:
1. Masukkan mee hoon, salmon dan bahan-bahan salad ke dalam mangkuk.
2. Letaklah sos salad dan digaulkan rata.
Sedia untuk dihidang..
 
 


Sunday 13 July 2014

Iftar Hari-14 : Ikan Bakar


Ikan bakar ni memang boleh dikatakan kegemaran ramai...
Semua ikan rasanya sedap klu dibakar...
Nak2 dapat plk cicah ngn air asam xpun sambal kicap...
Fuhhh terangkat mak jemah....kihkih...

SUMBER : Kak Niezza

Bahan-bahan :
1 ekor ikan siakap (dibersihkan)
1 helai daun kunyit (diracik/dihiris halus)
2 helai daun limau purut (diracik halus)

bahan-bahan dikisar bersama :
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 batang serai
1 helai daun limau purut
3 kelopak bunga kantan (dihiris terlebih dahulu)
1 sudu makan cili giling (boleh ganti dengan cili api jika suka)
1 sudu besar rempah kari ikan
3 sudu makan air asam jawa
1 sudu besar kicap pekat
sedikit belacan bakar
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
gula dan garam secukupnya
sedikit air

Cara-cara :
Panaskan minyak secukupnya di dalam kuali. Tumis bahan-bahan kisar hingga terbit bau. Tutupkan api.
Sementara itu, sediakan kertas foil dan dulang pembakar. Letakkan ikan di tengah-tengah kertas foil. Tuangkan kesemua perencah tadi di atasnya. Taburkan hirisan daun limau purut dan daun kunyit dan balut dengan kemas. Perapkan sebentar lebih kurang 15 minit.
Kemudian bakar ikan sehingga masak.

 

Saturday 12 July 2014

Berakhirnya Ragam Rusydi


Ini budak kan memang buat aku stress betul 2minggu lepas...
Actually aku dah mula keja balik...
So dah ckp kt dia nanti kena dok umah mak balik...
Mak dia tu bs dia dulu...yg jaga dia dr kecik smpai la 1thun aku yg jaga...
Bila sampai jer umah bs dia kemain melalak la...
Sampai dok bergayut2 kat kaki ni hah....
Hadoiiiii tekanan ooo...
Nak g keja pun serba salah....jiwa xtenang..
Call bs dia ckp sekejap jer dia nangis...
Tapi bila petang ambk xnk balik plk...
Nak main2 lagi....ko tgk perangai dia...
Camtu la hari2...Dekat 2mggu gk...
Alhamdulillah minggu ni dah hokey...
Takde nk nangis2..
Sampai jer terus salam aku dan masuk g main...
Kalau tak mau nak tercabut kain aku ni dok gayut2 taknak lepas...
Lega sikit mama dia ni nk g keja.....


Sahur Bersama Nasi Goreng Putih Blackpepper



Bahan-bahan
  • 2  cawan nasi
  • sedkit daging
  • 1 biji bwg besar (potong dadu)
  • 2 biji bawang putih (ditumbuk)
  • 3 biji bawang merah (dihiris)
  • segenggam ikan bilis
  • serbuk blackpepper
  • sayur pak choy
  • Garam secukup rasa
  • minyak untuk menggoreng nasi
Cara-cara
  1.  Gaulkan nasi dgn garam terlebih dahulu. Agak2 la jgn masin sgt. Atau boleh masukkan garam dalam gorengan nasi nnt. ikut suka.
  2. Panaskan minyak dan goreng daging.
  3. Kmdn, masukkan bwg putih, bwg merah dan bwg besar tadi kedalam minyak panas tadi. Tumis hingga naik bau dan kekuningan.
  4. Then, masukkan ikan bilis dan serbuk blackpepper. Kalau x gaul garam dgn nasi lg, boleh letak garam masa ni n kacau biar sebati.
  5. Kmdn. barulah masukkan nasi dan diikuti dengan sayur pak choy. Kacau rata biar sebati dgn semua bahan ya. Bila dh masak dan rasa pn dh ok tutuplah api. Hidangkan bersama lauk kegemaran anda ataupun makan macam tu jer.
  6. SELAMAT MENCUBA...

Friday 11 July 2014

Hero Kedua Ku...




Si Kecik ni dah masuk 3bln..
Baru mamanya nk masukkan gmbar...
Bajet retis la tuh....
Okey la auntie2..uncle2...
Nama sy Wan Rizqi Ameer...
Pic ni masa sy dlm pantang lgi..
Sekarang sy dh 3bln..dh 2x ganda besar dh....

 Ramai dok mintk cerita pengalaman beranakan si Rizqi ni...
Tapi tu la...tunggu masa sesuai dulu...
Sekarang dok trauma lagi aku ni....
Beranakkan dia ni 2x ganda sakit dr bersalin si Rusydi...huhuhu


Si Rizqi ni lama kena tahan kt hosp...
Masuk NICU sebab...ada jangkitan kuman...
Dalam 2mggu gak baru leh balik umah...
Sekarang membesar dengan sihat dh...
Okey la nanti aku tepek gmbr terkini lak...

Iftar Hari-13 : Kueteow Goreng Putih


Tukar selera plk..
Asyik nasi jer...
Hari ni goreng kuetiow plk....

Bahan2:
  • kue teow-(suhu bilik)-cuci dan toskan
  • 1 tangkai cili merah
  • Daging
  • 2 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • sawi
  • Kiub ayam
  • lebih kurang 2-3 sudu minyak masak utk menumis
Cara2:
  1. Tumbuk lumat cili,bawang merah dan bawang putih. Panaskan minyak n tumis bahan ditumbuk tadi sehingga naik bau.
  2. Masukkan daging dan air. Masukkan juga kiub ayam. Masak sampai mendidih.
  3. Masukkan sawi dan kue tiow. Bila dah agk kering, tutup api. sedia untuk dihidangkan

Thursday 10 July 2014

Iftar Hari-12 : Terung Goreng Cili Ikan Bilis


SUMBER : Zarina Ibrahim

Bahan-bahan;

1 biji terung ungu
1 mangkok ikan bilis (lebih kurang 2 gengam)
2 biji cili merah                                      ]
5 biji cili api                                           ]
1 ulas bawang putih                            ] dikisar
3 ulas bawang merah                           ]
sedikit belacan - kalau suka                ]
minyak untuk menggoreng / tumis
garam secukup rasa

Cara memasak;

Panaskan minyak secukupnya dalam kuali.  
Bersihkan terung kemudian potong bulat2. Setelah kuali panas goreng terung sehingga empuk dan kemudian keluarkan. 
Goreng ikan bilis yang telah dibersihkan hingga garing dan kemudian keluarkan. Keluarkan lebihan minyak dan tinggalkan sedikit untuk menumis bahan kisar. 
Tumis bahan kisar hingga naik bau dan cili benar-benar telah masak. Kemudian masukkan terung dan kemudian ikan bilis. Gaul mesra dan angkat..
 
 

Wednesday 9 July 2014

Iftar Hari-11 : Gulai Nenas Ikan Bawal


Tak larat nk celoteh panjang2..
Perut dah kenyang...
Semua anggota badan malas...
Bapak buruk perangai kan...
Resepi kat bawah yer...

Bahan-bahannya;

2 ekor ikan bawal
Nenas- dipotong
Santan
3-4 ulas bawang merah
2-3 biji cili kering
1 inci kunyit hidup
1 inci lengkuas
Segenggam ikan bilis
1 helai daun kunyit
Asam keping
Garam
Gula

 Cara-caranya;
  1. Masukkan santan ke dalam periuk.
  2. Kisar  bawang, cili, kunyit, lengkuas dan ikan bilis.
  3. Masukkan dalam santan. Masak sambil dikacau dengan api perlahan.
  4. Masukkan nenas. Kacau hingga menggelegak.
  5. Masukkan ikan, daun kunyit dan asam keping.
  6. Kacau hingga menggelegak sekali lagi dan rasakan masam, masin dan manisnya. 
  7. Siap.

Iftar Hari-10 : Sandwich Cake


Dah lama teringin nak buat kek ni...
Ni sambil2 jer..sambil masak kukus kek ni...
Lagipun boleh Rusydi bawak ke rumah bs dia...
Hari2 memang kena bawak bekal sbb dia kuat makan...
Nasi tu mmg bs dia dah sediakan...
Cuma untuk dia kunyah2 jer...
Tu yang aku tak letaj jem banyak sgt...
Sbb jem blueberry ni manis sgt...
Kena letak ckit jer sbb kek ni pun dah sedap dh...

SUMBER : K.Yatie / KZai /  KG@Yani

Bahan-Bahan:-
  • 250 gm butter
  • 250 gm gula castor - akak bubuh 200 gm gula castor
  • 220 gm tepung kek + 30 gm tepung jagung*
  • secubit garam*
  • 5 biji telor yg besar
  • 2 sudu besar golden syrup
  • 2 sudu teh esen vanila
  • Jem strawberry utk sapu pd kek - aku guna jem blueberry
Cara-Cara:
  1. Panaskan oven suhu 150C dan sediakan acuan kek 2 biji ukuran 8 inci yg dialas dgn kertas kek
  2. Ayak bahan bertanda *sehingga 3 kali supaya kek jadi gebu dan ketepikan.
  3. Putar butter,gula dan golden syrup hingga kembang dan gebu.
  4. Masukan telor satu persatu sambil diputar perlahan dan bubuh esen vanila.
  5. Masukan tepung dan kaup balik dengan senduk hingga sebati.
  6. Bahagikan adunan menjadi 2 bahagian dan ratakan kedalam 2 tin kek tadi dan bakar selama 30 minit.
  7. Sejukan kek dan sapu jem diatas sebiji kek dan lapiskan dgn sebiji lagi kek..kemudian tabur diatas kek dgn gula castor.
*Yatie guna loyang 8x12x2"..bakar sekali je, dah sejuk bahagi 2 bahagian dan sapu jam


Monday 7 July 2014

Iftar Hari-9 : Kuih Onde-Onde @ Buah Melaka Lagi


Kuih ni lagi yer...
Tak bleh la peberet aku nih....
Ni aku baut byk ckit nk bg jiran depan umh ni....
Balaskan pinggan yg dia bg kuih kat aku ritu...

Bahan-Bahan
- 500 gram tepung pulut
- 4 sudu besar tepung gandum
- Air secukupnya
- 1 sudu kecil pewarna daun pandan
- 1 keping gula Melaka (dipotong kecil-kecil)
- Kelapa parut

 
Cara-cara
1. Gaul tepung pulut dan tepung gandum dengan air. Masukkan pewarna daun pandan. Kalau nak lebih sedap, guna air daun pandan yang telah dikisar.

2. Ambil adunan sebesar ibu jari dan gentel menjadi bulat supaya senang nak anggarkan saiznya, kemudian leperkan.

3. Letakkan gula melaka dan gentel menjadi bulat.

4. Jerang air dalam periuk sehingga mendidih.

5. Masukkan kuih ke dalam periuk dan angkat apabila kuih-kuih tersebut timbul. Sejat dan biarkan seketika.

6. Gaulkan kuih tadi dengan kelapa parut. Siap untuk dimakan.



Iftar Hari-8 : Kuih Bakar Pandan



SUMBER : Kak Izah Daud / K.Zana

Bahan-bahan
1 cawan tepung gandum
1 cawan gula
1 cawan air pandan
1 cawan santan
1 cawan susu cair (sejat)
3 biji telur
Sedikit pewarna hijau
Sebagai hiasan- sedikit bijan jika suka
boleh tambahkan esen vanila jika suka...

Cara-cara
1. Masukkan semua bahan ke dalam blender kecuali bijan
2. Blender hingga sebati
3. Sapukan loyang dengan sedikit minyak dan tuangkan bahan tadi kedalamnya.
4. Taburkan bijan (jika suka)
5. Bakar 40 - 55 minit pada suhu 180c/ hingga masak / berkerak..


Saturday 5 July 2014

Iftar Hari-7 : Nasi Jagung Serai


Salam semua....
Dok makan lagi ker?
Hhihihih...aku plk baru nk masuk entry...
Dah lama teringin nk buat nasi jagung serai nih...
Tapi dok tangguh jer manjang..
Hari ni baru menjadi...
Nasi pun aku pakai beras biasa jer...
Nanti nk cuba pakai beras basmathi plk...
Makan ngn ayam masak merah ngn acar timun nenas..
Si Rusydi plk kemain byk makan...
Macam dia plk posa yer...
Makan nasi ngn jagung2 tu jer...
Tak nak lauk lain dah...
Oklah aku panjangkan resepi ni kat bawah yer...


BAHAN-BAHANNYA :-)
4 cawan beras basmathi, cuci dan rendam 4o minit, toskan
1 cawan air dari jagung dalam tin*
1 cawan susu cair*
4 cawan air*(*disatukan)
1 helai daun pandan, disimpul
1 cawan jagung berkaleng dalam tin yang telah ditoskan airnya
Garam secukup rasa
Hirisan daun sup untuk hiasan
Bawang goreng untuk hiasan
1 biji bawang besar dadu*
1 inci halia, diketuk*
3 ulas bawang putih, diketuk*
1 batang serai, dititik*
1 kayu manis*
1 kuntum bunga lawang*
3 biji buah pelaga*
7 kuntum bunga cengkih*(*bahan tumis )
1 camca besar minyak sapi
2 camca besar minyak jagung (atau minyak masak)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak jagung dan minyak sapi dalam kuali, masukkan bahan2 tumis dan tumis hingga harum. Masukkan beras dan gaul rata. Goreng sekejap. Kemudian alihkan beras tadi ke dalam rice cooker.
  2. Masukkan jagung, daun pandan, air + susu + jus jagung dan perasakan dengan garam secukup rasa. Kacau dan masak nasi hingga betul2 tanak. Gemburkan nasi menggunakan chopstick.
  3. Cedok dalam bekas sesuai, tabur bawang goreng dan hirisan daun sup/daun bawang. Makan bersama sambal ayam, boleh juga dihidangkan bersama rojak nenas...Selamat mencuba..

Thursday 3 July 2014

Iftar Hari-5 : Tom Yam Putih


Untuk hari ni masak simple jer...
Buat tomyam putih ni...
Lawan ngn telur dadar, ulam dan sambal belacan....
Bila berbuka sorg2 ni memang msak simple2 jer...

SUMBER : IbnuKhusairy


Bahan-Bahan
1 mangkuk ayam & dipotong kecil 2 mangkuk air 7  ekor udang dibuang kepala ( kalau tak nak buang kepala pun ok) 5 ulas bawang putih – diketuk 1 biji bawang besar -dibelah 2 5 biji cili padi – diketuk 2 biji tomato – dipotong dadu 3 batang serai – diketuk 6 helai daun limau purut diketuk 1 sudu kecil ssam jawa – seeloknya gunakan yang tanpa biji 2 biji limau nipis – dibelah dan dibuang biji Daun ketumbar – dipotong kasar Garam & gula – secukup rasa

Bawang besar dan cili padi tu kalau korang nak blend pun ok.. Sebab kadang-kadang ada anak-anak atau bapak budak pun yang x suka bawang ni.. Nampak pulak cili padi lagi gerun.. Hehehe

Langkah-Langah Memasaknya :
1. Tuangkan air kedalam periuk 2. Masukkan ayam & bawang putih 3. Masukkan udang dan terus masukkan tomato, biarkan 1 minit 4. Masukkan air asam jawa, kacau 5. Besarkan api sebesar-besarnya, dan masukkan  sekaligus serai, daun limau purut & bahan yang diblender (bawang besar dan serai) . Biarkan menggelegak kuat   selama kira-kira 30 saat la lebih pun tak apa.. 6. Perlahankan sekecil-kecil api. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Masukkan lada jarum (Sebenarnya kalau tak masuk gula pun boleh, takut ada yang nak rasa manis sikit) 7. Taburkan serbuk lada hitam dan perahkan limau nipis 2 belahan. Pastikan proses ini berlaku 8.tidak lebih 20 saat 9. Tutup api. Angkat terus dan hidangkan 10. Taburkan potongan daun ketumbar sebagai hiasan sikit.


Wednesday 2 July 2014

Iftar Hari-4 : Pajeri Nenas


Dah lama tak makan pajeri nenas ni...
Semalam terliur tengok CMG post pajeri..
Tapi CMG punya pajeri versi lain...
AKu hentam resepi biasa dulu..
Yang CMG punya tu kita masuk list dulu....
Aku siap ratah2 lagi pajeri nih....
Kihkihkih...

SUMBER : Kak Za

BAHAN-BAHAN
1biji nenas (dibuang kulitnya dan dipotong bulat)
1 cawan gula
1 sudu besar cili serbuk
4 biji cengkih
1 batang kayu manis
1sudu garam
1 sudu teh  kunyit
1 sudu serbuk kari ikan

CARANYA

1. Panaskan minyak tumis kayu manis,cengkih,sampai naik baunya.
2 . Masukkan cili serbuk serbuk kari dan  sedikit air  kacau rata-rata,tambahkan serbuk kunyit kacau sekejapm
3. Masukkan buah nenas yang dipotong bulat kacau rata dan akhir masukkan gula dan garam
kacau sebentar dalam angaran nenas masak ,bolehlah diangkat.


Tuesday 1 July 2014

Iftar Hari-3 : Kuih Buah Melaka


Sempat jgk aku balik keja godek2 kuih ni...
Kuih senang kan...cepat la siap....
Kuih kesukaan ramai nih....
Oklah resepi kat bawah yer..

Sumber : Jamie / Hjh Noraini

Bahan-bahan :
  • 500 gm tepung pulut
  • 2 ketul gula Melaka (potong dadu kecil-kecil)
  • 5 helai daun pandan (dikisar dengan 1 cawan air)
  • 1 biji kelapa parut (ambil putih saja)
  • secubit garam
  • Sedikit pewarna hijau (jika suka)
  • Air secukupnya

Cara Membuatnya :
1. Air pandan dicampur dengan pewarna dan 1 cawan air lagi. Tuangkan sikit-sikit dalam tepung pulut dan gaul hingga menjadi doh yang lembut dan cukup basah.Jika kering, tambah air lagi. Hati-hati jangan tuang air terlalu banyak supaya tidak lembik.Kalau lembik, kena tambah tepung lagi.
2. Ambil secubit dan masukkan gula melaka.Bulatkan semula dan susun dalam dulang atau pinggan.Buat begitu hingga habis.
3. Panaskan air dalam periuk sederhana besar.Isikan air 1/2 periuk saja.Apabila mendidih,masukkan buah melaka.Jangan isi banyak sangat.
4. Biarkan buah melaka masak dan ia akan timbul pada permukaan air. Sambil itu kacau supaya buah melaka tak lekat pada dasar periuk.
5. Sediakan loyang dan isikan kelapa parut yang digaul dengan sedikit garam.
6. Apabila buah melaka dah timbul,angkat dengan senduk atau tapis, biarkan tos dulu baru masukkan dalam loyang berisi kelapa. Golek-golekkan supaya kelapa merata pada kuih.
7. Pindahkan dalam pinggan yang sesuai dan sedia untuk dihidangkan.