KAWAN-KAWAN TERSAYANG

Sunday 29 June 2014

Iftar Hari-1 : Mee Udang


Alhamdulillah sudah selesai berpuasa untuk hari ni...
Walaupun dok risau bleh tak kutahan sebab si kecik ni kuat sgt menyusu...
Masih fully bf walaupun aku dah mula keja skrg...
Tapi dia faham kot mama dia puasa hari ni so xleh nk ngempeng lama2 sgt...
Mau ketar lutut aku nanti..huuhuhu
Menu simple untuk berbuka hari ni...
Juz aku ngn adik aku jer..
Nasib baik adik aku cuti hari ni...
Kalau tak sorang2 jer la aku hari ni...
En somi sebulan ni memang jaga kedai kat bazar sg besi...
Memang malam la baru balik....
Takpe la aku memahami sebab dia nk cari duit untuk balik raya nanti...
Lagipun sekarang dia takde keja..
Bolehla menampung untuk raya nanti....
Tapi dah siap pesan awal2...balik nanti dia akan makan kt umah..
Dia berbuka ngn kuih2 jer dulu kt sana....

Sumber : Dapur Cik Ida / myresepi (Che'Iza

Bahan2;
1 kg mee kuning
300 gm udang saiz L
4 sudu besar cili kisar
4 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1 sudu besar udang kering *
1/2 inci halia*
1 sudu besar petis
3 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos cili
Bebola ikan
2 biji telur
Sawi, daun bawang, cili merah & bawang goreng
Gula & garam
Keledek/kentang - rebus & dilenyek utk pekatkan kuah - aku skip

 
Cara2
Rebus udang hingga masak . Tapis & kluarkan udang & asingkan.
Tumis cili kisar hingga garing & masukkan bahan bertanda * yg telah dikisar. Biarkan hingga pecah minyak & garing.
Masukkan air rebusan udang biar hingga kuah mendidih & masukkan sos tomato, sos cili.
Masukkan garam & gula.
Masukkan bebola ikan dan pecahkan telur.
Celur mee dan sawi.
Susun udang di atas mee semasa hidang & curahkan kuah. Hiaskan dgn bawang goreng, cili merah & daun bawang. Dahpun siap..... 


Friday 27 June 2014

Talam Ubi Kayu...


Mak aii sememeh kan....
Pestime cuba nih...
Rasa dah sedap tapi rupanya buruk sgt...
Korang tgk la en somi aku tu parut ubi...
Kemain kasar mcm dia...
Lain kali dah tak boleh suruh dia...
Kena buat sendiri baru halus cam aku...ahakss.s...

Sumber : yati karim

Bahan-bahan ( Saiz loyang 30 cm )

* 4 cawan ubi kayu siap di parut dan di buang airnya ( anggaran 2 kg 
ubi kayu )
* 1 1/2 cawan air gula merah ( 1/2 kg gula merah dimasak dgn 2 cwn air)
* 1 cawan gula pasir
* 3 cawan santan cair

Bahagian Atas
* 4 cawan santan pekat ( 1 biji kelapa )
* 2 sudu kecil garam ( sudu kfc )
* 1 1/2 cawan tepong gandum

Cara-cara

1. Panaskan kukusan.
2. Ubi kayu yang telah di parut, di perah buang airnya dgn menggunakan 
tuala bersih.
3. Masukan kedalam loyang. Masukan santan cair, air gula merah dan 
gula pasir. Gaul sebati.
4. Kukus sehingga masak.
5. Setelah masak, tekan2 seperti membuat pulut seri muka.
6. Satukan santan pekat, garam dan tepong gandum, kacau sehingga 
sebati. JANGAN BLENDER, sebab nanti bila masak kepala dia akan 
pecah2. Guna pemukul telor tangan aje..
7. Tapiskan adunan dan tuangkan keatas adunan ubi tadi. kukus selama 
30 minit.
8. Buka penutup kukusan, lap wap yang ada di permukaan kuih dengan 
tisu..biarkan sebentar dan tutup api..
9. Sejukan..sedia untuk di makan..

Tuesday 24 June 2014

Sup Sayur Sawi...Pun Nak Masuk Blog...


Assalamualaikum semua....
Dah makan ker?
Dalam tak sedar lagi beberapa lagi nk posa...
Alhamdulillah di panjangkan umur lagi untuk kumpul pahala bulan posa ni...

Okey la mesti korang nyampahkan sawi ni pun nk masuk blog...
Ada aku kesahhh......
Sedap apa sup sawi lawan plk ngn ikan goreng..pastu ulam-ulam + budu..fuhhh...

 

Sunday 22 June 2014

Egg Tofu Sandwich...


Breakfast paling simple...
Cepat dan kenyang...
Padahal mood malas melanda....
Entah la kenapa...
Nak masak lunch pun rasa malas gk nih...
Hadoiiiii tulunnnnn....

Thursday 19 June 2014

Ayam Masak Kicap Dikala Buntu...


Assalamualaikum semua...
Sihat ke? Dah siap lunch ker?
Hah ni dia nak tayang menu umah aku tak seberapa...
Bila kepala dah buntu nak masak apa...
Ayam kicap la jdi nya...
Lagipun kicap2 ni memang peberet semua...
Dari mak ke bapak smpai ke anak..
So senang keja...
Lagipun hari ni bapaknya xde..
Kuar outstation kat JB..aku masak ayam ni jer..
Cukup la untuk aku ngn Rusydi...

Bahan-bahan:
6 ketul ayam
3 ulas bawang putih | hiris
1 labu bawang besar | hiris
5 cm halia | ketuk
1 sudu kecil kicap soya pekat
1 sudu kecil sos tiram
Kicap manis secukupnya
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
1/2 cawan air
1 biji kentang 
Lada putih kisar secukupnya
Garam

Cara:
 
1.Goreng ayam dan kentang dahulu. Ketepikan. Kemudian tumiskan bahan hirisan bawang besar, bwang putih, kulit kayu manis, bunga lawang dan halia hingga naik aroma.
2.Masukkan kicap pekat, kicap manis, sos tiram dan gaul rata.
3.Bubuh air, dan masukkan ayam yang dogoreng tadi. Tutup kuali menggunakan tudung periuk dan renehkan sehingga ayam seketika.
4.Setelah masak masukkan kentang dan perisakan dengan serbuk lada putih dan garam. Kacau rata.
5.Matikan api.

Wednesday 18 June 2014

Skon Yogurt Kismis Hitam...


Ni hasil dok godek2 ngahari tadi...
Nak masukkan petang tadi budak kecik tu mengamuk...
Taknak dok bawah plk...
Nak suh aku dukung jer kehulu kehilir...
Nasib baik si abang elok jer takde wat perangai...
Kalau tak mau pitam aku...
Okey la aku panjangkan resepi ni kat bawah...

Sumber : selera4u

Bahan-bahan:
2 cawan tepung naik sendiri
80 gm mentega beku - dipotong dadu
1/2 cawan yogurt
1 biji telur - dipukul hingga kembang
1 sudu besar gula kastor
3/4 cawan kismis hitam
Cara Menyediakan:
1. Campurkan tepung dan gula di dalam satu mangkuk.
2. Gunakan hujung jari, gaul dan ramaskan mentega dengan tepung tadi hingga menjadi serbuk roti.
3. Masukkan kismis hitam dan gaul hingga sebati. Setelah itu, campurkan telur yang sudah dipukul bersama yogurt.
4. Gaul perlahan-lahan sehingga doh sebati tetapi jangan sampai melekat.
5. Ambil doh, canai setebal 2 cm dan terapkan acuan bulat atau bibir gelas.
6. Sementara itu panaskan ketuhar pada suhu 180 darjah Celsius.
7. Kemaskan keliling doh yang siap diterap, letakkan di atas dulang pembakar. Rehatkan selama 5 minit. Sapukan mentega di atasnya.
8. Bakar selama 12 minit pada suhu 180 darjah Celsius.

Sunday 15 June 2014

CHEWY GOOEY YUMMY BROWNIES ......


Hasil membaking petang td...
Dah lama tak makan....
Sedapnyer bila rasa coklat nih melaluo anak tekak...
Nikmat ooo....


Ingredients
125g butter
200g dark chocolate - guna coklat Van Houten
3 eggs
1 ¾ cup caster sugar - kurangkan jd 1 1/2 cup je
1 tsp vanilla essence
1 ½ cup plain flour (sifted)
1/3 cup cocoa powder (sifted)
2 cups chopped nuts of your choice

Method
1. Preheat oven to 180 degrees celcius. Brush a shallow 8x11 inch tin with melted butter. Line the base with baking paper, extending over the two long sides.
2. Double-boil butter and dark chocolate until melt. Add caster sugar, mix well. Remove bowl of mixture from pan of simmering water.
3. Add eggs, one at a time. Mixing thoroughly with every addition. Add vanilla essence. Mix well.
4. Add sifted flour and cocoa powder. Mix well. Add nuts. Mix well.
5. Pour mixture into the prepared tin and bake for 30 minutes.
6. Allow to cool before cutting into pieces. - akak potong selepas keluar dr oven,kalau dah sejuk,susah nk potong dan pecah.
 



Nasi Ayam Ipoh....



Mesti dah ramai yang cuba nasi ayam ni kan....
Wah memang sedap sangat...
Aku suka sangat...
Resepi ni akan menjadi pilihan aku jika buat nasi ayam...
Aku panjangkan plk resepi di sini yerr....


Bahan Utk Nasi:-
4 mug beras
4 1/2 mug air rebusan ayam
2 inci halia*
3 biji bawang putih*
3 helai batang daun bawang (ambik bhgn bawah dia...yg ada buah dia tu sekali)
1 sudu besar minyak bijan
2 sudu besar sos tiram
2 helai daun pandan
4 sudu mentega



Bahan Untuk Ayam:-
1 ekor ayam
3 biji bawang putih*
1 inci halia*
3 sudu besar kicap lemak manis
2 sudu besar sos tiram dan 1 sudu besar cuka
1 sudu besar madu ( kalau tak dek pun tak pe)


Bahan Untuk Sup:-
air secukupnya
4 bawang putih diketuk
3 inci halia di hiris
3 helai batang bawang
1 biji sengkuang dipotong dadu
1 sudu besar serbuk lada sulah


Bahan Untuk Cili
10/15 biji cili burung
6 biji cili merah
sedikit halia (ambik dari rebusan)
5/6 biji bawang putih
1 biji limau kasturi/nipis
sedikit air dari air rebusan ayam
garam dan gula secukupnya

(Masukkan semua bahan didalam blender dan blend hingga hancur)
Bahan Untuk Kicap:-
5 biji cili burung
sedikit halia (ambik dari rebusan)
4/5 biji bawang putih
kicap secukupnya
air rebusan ayam secukupnya
tepung jagung di campur dgn air secukupnya (utk pekatkan)
(Blend semua bahan kecuali tepung jagung. selepas blend isi dalam periuk dan panas kan atas dapur. agak2 dah panas..boleh la di masukkan tepung jagung dicampur air secukupnya utk memekatkan kuah)

Bahan Hiasan
tomato, salad, daun sup dan bawang, timun

Cara2:-
Mula2 buat air rebusan ayam...(bahan2 dalam sup) masukkan semua bahan...kecuali sengkuang dan serbuk lada sulah. tutup periuk dan masak hingga didih.Selepas air mendidih, masukkan ayam. biar ia masak selama 20 minit. selepas 20 minit, angkat ayam tadi dan toskan.

Method Untuk Nasi
Mula2 masukkan majerin dalam periuk elektrik, biar ia mencair, kemudian masukkan bahan* yg telah di blend. biar naik bau. kemudian masukkan batang bawang dan daun pandan. bila dah layu sikit masukkan sos tiram dan minyak bijan. kacau2 sekejap,kemudian masukkan beras, sedikit garam dan air rebusan ayam. biarkan hingga nasik masak.

Method Untuk Ayam
Ayam yg telah di toskan tadi di masukkan kedalam satu magkok besar. masukkan bahan* yg telah di blend dan semua bahan2 lain...kacau2 rata dan biarkan 1/2 jam. selepas ayam diperap, boleh lah digoring atau di bakar dalam oven. kalau nak goreng jgn goreng terlalu lama...agak2 kaler dia dah bertukar kehitaman boleh diangkat terus.

Method Untuk Sup:-
Baki air rebusan tadi didihkan kembali bersama sengkuang dan serbuk lada sulah. kalau air rebusan dah berkurangan boleh lah di campur dengan air biasa. masak hingga didih. perasakan sup. (Saya masukkan 1 kuib ayam, garam dan serbuk perasa untuk ini)
selepas semua dah masak, boleh la di makan...cara penyediaan...timun, tomato dipotong nipis2. daun sup dan bawang di potong halus dan di masukkan kedalam sup tadi.




Friday 13 June 2014

Buntu...Penat....Stress....



Dah berapa hari tak bersiaran...
Bukan apa....
Kepala sangat2 stress dengan masalah yang melanda...
Takde mood plk nk mengarang kat sini....
Adoiiii buntu cari solutions untuk masalah nih....
Penat dh fikir...
Taktau nak mengadu kat saper lagi...
Hanya pada suami jer....
Harap aku dan suami mampu sabar dan tabah dalam ujian rumahtangga kami nih...
Biasa la kan baru 3tahun kawin mesti ada ujian darinya...
Bersyukur dapat suami yang sangat sabar dan tabah....
Tapi aku ni cepat sangat lemahnya....
Moga ada jalan untuk segala ujian ini...

Dalam dok stress siap jgk la order Trifle Puding dr member aku nih...
Resepi mcm pernah aku buat dulu... 
Takde mood plk nak salin balik....hhuhuuhuh

 

Friday 6 June 2014

Dadih Strawbery...


Malam buta dok tayang dadih yer...
Actually aku wat petang td...
Tunggu sejuk smpai lupa...
Malam cmni baru aku igt..
Snap plk gmbr mmg tak cantik la...
Dah la malam pastu camera cap hayam jer...
Dadih ni memang peberet aku la...
Rusydi pun sama...tapi aku rasa aku yang suka sangat..
Kadang2 beli kt pasar malam utk Rusydi..
Padahal aku yang makan...
Hehhehehe....Kali ni bikin sendiri simpan byk2...
Bukan susah pun...Senang bangat...
Budak tadika pun pandai..

SUMBER : Dapur Nek Kiah

Bahan-bahan
  • 1 liter susu kotak strawberry Dutch Lady
  • 1 cawan air
  • 4 sudu besar gula
  • 5 biji strawberry (dipotong kecil) - aku skip yg ni sbb xde stok
  • 1 sudu besar serbuk agar-agar (Cap Rose)
  • 150ml yogurt asli Dutch Lady
Cara membuatnya
  1. Mula-mula masakkan serbuk agar-agar dengan air sehingga mendidih.
  2. Bila dah mendidih, masukkan gula dan kacau sehingga rata atau gula larut dan kemudian tutupkan api.
  3. Kemudian masukkan susu kotak strawberry dan juga yogurt asli Dutch Lady. Kacau sehingga rata.
  4. Then dah boleh masukkan ke dalam bekas dah. Kalo cucu-cucu suka strawberry, boleh masukkan strawberry yang telah dipotong kecil di dalam setiap bekas dadih tersebut.
  5. Kemudian masukkan bekas yang telah diisi ke dalam peti sejuk.

Thursday 5 June 2014

Salad Buah...


Nah ni pencuci mulut lepas lunch...
Tapi aku sebelum lunch dh bantai semangkuk...
Jadinya tadi nasi makan ckit jer..
Bleh kurus cmni...
Kurus la sangat kan....huhuhu...
Makan xhenggat doniaa...
Ada hati nk kurus....

Bahan:
2 biji epal merah
2 biji oren
Anggur merah
2 cawan yogurt (sebarang perisa buah2an)
2 cawan ice-cream vanilla 


Cara:
1. Potong dadu semua buah-buahan.
2. Gaul rata bersama yogurt dan ice-cream vanilla.
3. Sejukkan dalam peti sejuk sebelum dihidangkan.


Wednesday 4 June 2014

Sotong Dan Taugeh Goreng Kunyit...


Menu ni terjadi bila bahan2 dh tinggal ckit..
Bila sang sotong ckit..Cik taugeh ckit...
So kita gabungkannya jdi la byk...
Ku tunggu jgk kot2 sotong tu nk beranak ke apa...
Boleh la kujual sotong lak...
Ahakss nk merepek meraban la nih...
Oklah terus kepada resepi kat bawah la yer untuk elak aku merapu meraban...

 
5 ekor sotong ( di bersihkan, buang perutnya dan di potong  )
1 labu bawang besar ( di potong )
2 ulas bawang putih ( di tumbuk )
2 hiris halia
6 biji cili padi ( di hiris )
1 sudu makan sos tiram
1 sudu makan kicap manis

Segenggam taugeh
sedikit gula
sedikit garam
sedikit serbuk kunyit.


Cara-cara

1.  Masukkan minyak masak tumis bawang putih, halia, bawang besar dan cili padi. Tumis hingga berbau harum dan layu.
2. Masukkan sos tiram dan kicap manis.  Akhir sekali masukkan  sotong dan daun taugeh.
3. Kacau seketika, sesuaikan rasa dan bolehlah diangkat dan dihidangkan.



Tuesday 3 June 2014

Tumis Asam...


Ber"maraton" betul aku masukkan en3 ari ni...
Ni menu lunch utk ari ni...
Dah siap dh....
Memang selalu aku masak lunch awal....
Sebab senang suh papa diorg handle dulu budak2 ni smbil aku masak kt dapur...
Dah siap makan semua baru la en somi g keja...
G keja perut dah kenyang...
So jimat la duit dia utk lunch nanti...Hahhaha

SUMBER : Puan Ros @ Sinaran Menu / Chef Hanieliza

Bahan A 
* 2 ekor ikan kerisi 
* 1 cawan air asam jawa 
* 1/2 sudu kecil serbuk kunyit 
* 1 biji tomato dipotong 4 
* Minyak masak 
* Garam secukup rasa

Bahan B 
* 3 biji bawang merah 
* 2 ulas bawang putih 
* 1 inci halia 
* 1 biji cili merah 
* 1 labu bawang besar 
* 1 sudu kecil gula

Cara memasak 
1- Ikan dibersihkan dan digaul dgn sedikit serbuk kunyit dan garam. 
2- Goreng hingga masak.Angkat dan ketepikan, 
3- Tumiskan semua bahan yang dihiris. 
4- Apabila bahan sudah layu sedikit masukkan air asam jawa dan serbuk kunyit. 
5- Apabila sudah mendidih masukkan ikan dan tomato. 
6-Siap untuk dihidangkan.

Kuih Kaswi....


Selamat pagi...
Awal tuan umah bersiaran yer pagi ni...
Nak basuh pinggan yg menimbun dlm sinki tu malas.....
So yg rajin nya update blog...
Boleh cenggitu??? hihiihih....
Bila orang nk datang umah mula la kelam kabut....hiihihi...
Oklah ni nak tayang kuih kaswi yg dibikin semalam...
Pagi ni dah sejuk baru potong.....
Peberet aku ni....
Ni pun dah brapa ketul dh masuk perut....
En somi cakap sedap tp lembik ckit..
Plakkk....xpe nanti kita buat lgi yer....
Oklah resepi kt bawah yer..

Resepi:tizkatie73@myresipi.com
Sumber :sue-hasue.blogspot.com

Bahan-bahan ( seloyang )

  • 1 cawan gula melaka
  • 1 cawan gula pasir
  • 7 cawan air
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan tepung sagu
  • 1 sudu kecil kapur
  • Beberapa titik browning sugar

Cara-cara

  1. Gula merah, gula pasir, kapur bersama 3 cawan air di masak sehingga mendidih.
  2. Tepung sagu dan tepung gandum disatukan di dalam satu bekas bersama 4 cawan air di kacau rata.
  3. Kemudian campurkan tepung yang telah dikacau rata ke dalam gula yang telah di masak tadi. Kacau sehingga sebati
  4. Untuk mengelakkan adunan lembik...masak sedikit adunan tadi di atas api. Kacau sehingga adunan menjadi pekat
  5. Masukkan ke dalam loyang dah kukus sehingga masak...
  6. Apabila sudah masak..masukkan ke dalam fridge ...bagi sejuk...potong dan di gaulkan dengan kelapa putih yang telah digaul dengan sedikit garam. 

Monday 2 June 2014

Pengaruh Boboiboy...



Kuat betul budak sebelah ni tengok kartun boboiboy....
Memang minat sgt...
Dah boring upin ipin dia layan boboiboy plk....
Okey la jgk dia dok diam..xbising adik dia nk tido...
Mama dia bleh la buat kuih utk bekfes esok....
 
Seminggu balik kampung memang xtgk langsung kartun peberet dia ni...
Maklumlah mana nk kejar ayam, kambing, lembu...
Lagipun memang aku tak bawak balik laptop sebab xnak bagi dia mengadap je tak layan atok dia...
Henpon aku ngn bapak dia jenis zaman batu punya..mmg xde la nk tgk boboiboy dia dlm tuh...
Sampai je umh terus bkak boboiboy dia ni...
Puas dok cmni...dok cmtu....

Sambal Kuini....


Apa khabar semua...
Ada ke org dok jenguk2 umh aku ni yer..
Maklumlah tuan umh balik kampung seminggu...
Balik kelantan ngn ganu ooo....
Seminggu pun xcukup nak makan2 kt kampung....
Hahahah...bleh cmtu....
Itu nak makan...ini nak makan....lepas gian katakan...
Oklah citer pasal en3 rini...
Kuini ni mak sdara aku yang bagi...
Dia kirim kat anak dia kt Putrajaya..
Bagi la kat aku separuh...pastu aku g anta umah anak dia...
Aku dapat la 7biji...
Puas makan ooo....Sebijik tu dah jadi sambal kat atas ni hah...
Banyak betul kuini umah dia..menjadi plk tgk buahnya...
Manis yang amat...sedap......
OKlah resepi kt bawah yer...

BAHAN-BAHAN:
  • 1 biji kuini - dihiris nipis
  • 5 biji cili padi
  • 1 biji bawang putih
  • 1 biji bawang merah
  • Garam dan gula
  • Belacan
 
CARA MEMASAK:
 
1.  Kisarkan semua bahan kecuali kuini.
2.  Kemudian gaulkan kuini yang dihiris tadi dengan bahan yang dikisar.