KAWAN-KAWAN TERSAYANG

Tuesday 30 July 2013

Kuih Cara Manis...


Dah siap masak untuk berbuka ker?
Hari ni aku masak lauk simple jer...
Terkejar2 gk buat kuih cara ni...
Yer la mana lauk atas dapur, kuih dlm loyang, rusydi plk mandi...
Tu pasal kuih aku ni hangit dibuatnya...
Rusydi plk aku suh naik xnak..
Nak jgk ber"swim" dalam baldi dia tu...
Oklah en3 pendek jer la yer...

SUMBER : Resepi Nannie

BAHAN-BAHAN :

2 cawan tepung gandum
3 cawan santan
2 biji telur
3 helai daun pandan
Sedikit pewarna hijau
secubit garam

BAHAN INTI KUIH :

Gula secukupnya


CARA MEMASAK :

~ Panaskan acuan khas utk kuih cara diatas dapur.

~ Daun pandan di blander dengan santan, tapis.

~ Kemudian campur dan masukkan semua gandum, telur & garam , santan ke dalam blender dan kisar semua bahan sehingga sebati . Tapis utk memastikan adunan tidak berketul .

~ Bila adunan siap masukkan ke dalam acuan yang telah dipanaskan , perlu disapu sedikit minyak dahulu supaya mudah ditanggalkan nanti.

~ Isikan gula ditengahnya. Tutup acuan dgn tudung periuk,tunggulah hingga masak. Gunakan api yg perlahan supaya kuih tu tak mudah hangit bawahnya.

~ Angkat dan boleh lah lekatkan sepasang2.
 
 

 

Sunday 28 July 2013

Nasi Ayam Serai....


Haa!! Dah berapa hari umh aku ni tak berasap...
Papa dia plk g outstation lagi la tak selera nak makan...
Hari2 dok kirim kt org sebelah jer beli kt bazar ramadan..
Beli bubur lambuk share la aku ngn rusydi...
So semalam papa dia dh balik...
Hari ni baru la dapur berasap...
So decided la nak wat nasi ayam serai resepi CMG...
Kalau korg tengok gambar tu xpyh la nk compare ngn CMG...
Aku main ambk ngn camera henpon jer...
Henpon plk cap ayam....
Tu yang gambar tak semengah ni...
Apa nak heran kan...
Janji makan sedap...
Tapi memang sedap weiii....
Laki aku siap tambah 2x pastu tersandar kekenyangan kt sofa...


BAHAN STOK AYAM :-)
1 ekor ayam, belah 4, asingkan kulitnya (kulit jgn buang). cuci bersih dan toskan
10 kaki ayam, dibersihkan
5 -6 leher ayam, dibersihkan
1 biji bawang besar, belah 4
2 inci halia, hiris nipis
5 ulas bawang putih, dititik
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 batang serai, dititik
1 kiub pati ayam (optional)
Air secukupnya (3 - 4 liter)
1 camca teh garam

BAHAN NASI AYAM :-)
4 cawan beras basmathi (Monghul), rendam 30 minit dan toskan
6 cawan air rebusan ayam
1 camca besar penuh mentega atau marjerin (mat guna mentega)
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih
2 helai daun pandan
1 inci halia, hiris
3 ulas bawang putih, dititik
Garam secukup rasa

BAHAN PEMERAP AYAM :-)
2 camca besar ketumbar biji*
1 camca teh penuh jintan kasar*
1 camca teh penuh jintan halus*(*digoreng tanpa minyak hingga harum, sejukkan)
2 batang serai, hiris halus
1/2 inci lengkuas
4 ulas bawang putih
1 camca besar sos tiram
1 camca teh serbuk kunyit
1 camca teh madu
Garam secukup rasa

BAHAN UNTUK SUP :-)
1 sup bunjut Adabi
1 camca teh lada hitam, tumbuk halus
1 pokok daun sup
1/2 batang lobak merah, potong ikut suka
2 biji kentang, kupas dan belah 8 setiap satu, rendam
2 cawan bunga kobis yang dipotong sekuntum2
3 biji bawang merah hiris
2 ulas bawang putih, hiris
Hirisan daun sup, untuk hiasan
Bawang goreng untuk hiasan
Garam secukup rasa

BAHAN SAMBAL :-)
6 batang cili merah
1 biji tomato
3 ulas bawang putih
2 camca besar gula perang
Garam secukup rasa
1/2 cawan stok ayam

BAHAN-BAHAN LAIN :-)
Hirisan timun, secukupnya
Hirisan tomato, secukupnya
Daun salad
Hirisan daun sup/daun bawang
Bawang goreng
Tepung beras secukupnya, untuk menyalut ayam

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK STOK AYAM :- Masukkan ayam, kulit ayam, kaki dan leher ayam ke dalam periuk, tuang air dan masukkan semua bahan2 untuk stok ayam. Kemudian masak hingga mendidih. Bila stok mendidih kurang lebih 25 minit, keluarkan ayam tadi (yang telah dipotong 4, dan sejukkan). Sambung memasak untuk 20 minit lagi. Kemudian matikan api. Keluarkan 6 cawan stok ayam dan tapis (guna untuk masak nasi) dan bakinya diketepikan.
  2. UNTUK AYAM :- Kisar ketumbar, jintan halus, jintan kasar, serai, bawang putih, lengkuas hingga halus. Tuang pada ayam yang telah disejukkan tadi. Tambah serbuk kunyit, sos tiram, madu dan garam secukup rasa. Gaul rata2 dan perap semalaman atau 6 jam. Kemudian, tabur tepung beras pada ayam tadi, gaul rata2 dan goreng terendam hingga bahagian luarnya garing. Takperlu goreng lama2, sebab ayam dah direbus dulu. Angkat, tos dan ketepikan.
  3. UNTUK SUP :- Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis hirisan bawang merah dan putih hingga wangi dan bawang kekuningan. Tuang baki air rebusan tadi. Campur dengan sup bunjut, daun sup yang dipotong kasar, lada hitam, kentang dan lobak merah. Kalau rasa kurang, tambah sedikit air. Masak hingga kentang empuk. Masukkan bunga kobis, perasakan dengan garam secukupnya. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur hirisan daun sup dan bawang goreng sebelum dihidangkan.
  4. UNTUK NASI AYAM SERAI :- Panaskan mentega dalam kuali, tumis halia, bawang putih, 1 helai daun pandan, kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga hingga wangi. Masukkan beras, dan goreng 5 minit. Matikan api dan masukkan ke dalam periuk nasi elektrik. Tuang stok ayam yang telah diasingkan tadi. Tambah garam secukup rasa dan baki daun pandan. Kacau rata dan masak seperti biasa hingga nasi tanak. Biar betul2 masak dan gemburkan. Lepas tu mati kan suis periuk nasi (kalau biarkan ON takut berkerak).
  5. UNTUK SAMBAL :- Kisar bahan2 untuk sambal kecuali garan dan gula, hingga lumat. Tuang dalam periuk, tambah gula dan sedikit garam. Masak dengan api kecil hingga pekat. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Sejukkan.
  6. UNTUK MENGHIDANG:- Senduk nasi dalam pinggan, tabur dengan hirisan daun sup/daun bawang dan bawang goreng. Ayam tadi dipotong kecil, hidangkan bersama nasi, ayam, sambal, sup dan juga ulam2an (timun, tomato dan salad) dan boleh santap... Selamat menjamu selera.. (^__*)

Monday 22 July 2013

Test Drive..

masuk kunci dulu....



alamak!!! xhidup la...



minyak habis daaaaa.....

Sunday 21 July 2013

Bihun Sup Vietnam..


Hahahah...sup lagi kan umh aku ni...
Memang rumah aku ni meman ada peminat sup yg tegar...
Lagi2 ada rusydi ni..memang senang keja aku kalau ada sup..
Kejap2 suap nasi sup..kejap2 suap mihun sup...
Tapi takde la yg bercili kicap tu...
Memang bila ada sup ni dia akan makan banyak...
Actually ni pestime aku cuba sup vietnam ni...
Memang simple dan senang sesangat..
Kejap jer masak dah bleh makan...
Malam ni jer laki aku dh 2x ulang makan...

SUMBER : Kak Ina KL

Bahan Sup-Untuk sajian 2 orang
500gm daging termasuk tulang untuk dijadikan air rebusan
100gm gram ikan bilis
1 kiub pati ayam
Garam (secukup rasa)
Gula (secukup rasa)
2 liter air
 
 Bahan bihun
200gm bihun-rendam dengan air mendidih sekejap dan toskan.
20gm daging steak/batang pinang
3 tangkai daun sup/daun bawang-hiris halus
2 tangkai cili merah atau cili padi (lebihkan jika ingin pedas)-saya buat sambal kicap
2 biji limau kasturi atau limau nipis sedikit taugeh
Sayur sawi-celur sekejap
3 biji bawang putih dan 1inci halia-ketuk sikit 
 
 
Cara-cara
1.Rebus daging dengan air untuk mendapatkan air rebusan bersama bawang putih dan halia.
2.Masukkan bersama-sama kiub ikan bilis dan ikan bilis yang telah di kisar dan masukkan juga gula dan garam. Ketepikan.
3. Ambil sedikit air rebusan daging , biarkan mendidih lalu masukkan 20gm daging yang telah di hiris tipis. Selepas tu bubuh dalam ke dalam mangkuk bersama-sama bihun/kuetiau dan sayur. Tuangkan kuah sup tadi.
4. Taburkan daun sup/bawang dan bawang goreng.
5. Letakkan cili ataupun sambal kicap.

Petua Chef
  1. Elak celur kuetiau terlalu lama supaya tidak lembek.
  2. Elak mencelur sayur terlalu lama kerana boleh mengurangkan khasiatnya
  3. Guna daging berkualiti seperti daging batang pinang/daging steak kerana ianya senang masak dan tidak mengambil masa lama untuk masak.
  4. Sup Vietnam tidak memerlukan rempah ratus banyak tapi melebihkan sayur.

Thursday 18 July 2013

Sup Cendawan Dan Sayuran


Hari ni tayang menu sihat plk yer..
Sebab tuan umah tak berapa sihat jdi menu mestilah menu sihat...
Hari tu selsema...elok dari selsema, batuk plk menjelma..
Dengan tekak perit ni sedapnya hirup sup...
So menu hari ni buat sup cendawan...
Leganya dapat hirup sup....
Memang tak selera nak makan nasi...
Dok hirup sup jer...sebab bila makan nasi perit rasa tekak ni nk menelannya...

Bahan-bahan :
1 pek Cendawan tiram
1 pek Cendawan enoki
1 pokok sawi
1 batang karot
Udang kering - tumbuk
3 ulas bawang merah - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
Kiub ikan bilis 
Serbuk lada hitam
Garam
Serbuk perasa Secukup Rasa

Cara cara:
Panaskan minyak dan tumis udang kering, bawang merah & bawang putih yang dihiris sehingga kekuningan. Masukkan air. Bila dah menggelegak masukkan kiub ikan bilis.

Kemudian masukkan karot dan batang sawi. Bila dah agak lembut, baru masukkan cendawan yang telah dan daun sawi.

Akhir sekali masukkan serbuk lada hitam dan sedikit garam. Sesuaikan rasa dan bolehlah diangkat.
 

Wednesday 17 July 2013

Mee Bandung...


Dari semalam lagi dok bincang ngn en somi nk cuba buat mee bandung ni..
En somi pun ckp ok jgk tp kena ada kuih byk ckit la..
Sebabnya setakat mee ni dia takut tak kenyang...
Jangan tak caya walaupun badan slim jer tp makan takkan kalah..
So hari ni memang berbuka takde nasi la...
Sebab aku nk cuba buat mee bandung ni...
Kuih pun banyak ckit la hari ni...
Ok lah tengok jer resepi kt bawah..

SUMBER : Asap Dapur

Bahan-bahan:
  • 1 kg mee kuning
  • 10 tangkai cili kering (buang biji dan rebus, toskan)
  • 1 labu bawang putih (diketuk)
  • 5 biji bawang merah
  • ½ cawan udang kering, direbus dengan secawan air
  • 1 cawan daging rebus (dipotong nipis)
  • Sawi (sukatan ikut suka, potong anggaran 1 inci)
  • Karot (sukatan ikut suka, hiris kasar)
  • ¾ – 1 cawan gula pasir
  • 3 – 4 cawan air rebusan daging
  • 1 sudu makan sos tiram
  • Telur ayam (mengikut jumlah hidangan)
  • Garam secukup rasa
  • Minyak untuk menumis
  • fishballs



Cara memasak:
1.    Blend cili kering, udang kering & air rebusannya, gula, bawang putih & bawang merah.
2.    Pijarkan sedikit minyak didalam kuali
3.    Tumiskan bahan bahan yang dikisar. Jangan sampai garing
4.    Masukkan sos tiram
5.    Masukkan daging rebus
6.    Masukkan batang sawi dan air rebusan daging dan garam. Biar sehingga pekat


Tip: Untuk menghidang (Mee bandung ni tak sedap masak in bulk, so kenalah “bancuh” sepinggan-sepinggan.)
1.    Ambil sedikit kuah (dan rencahnya untuk satu orang makan)
2.    Panaskan kuah dan masukkan sebiji telur, sehingga separuh keras.
3.    Masukkan fishball, sayur dan bila agak lembut, masukkan mee kuning untuk satu orang makan
4.    Masukkan kedalam mangkuk , telur letak diatas.
5.    Hidangkan.

Tuesday 16 July 2013

Ikan Cencaru Sumbat...


Ok tau la pic aku tu buruk bebenor nampaknya..
Tapi tak kira aku nk tepek gk kt sini...
Janji ada jgk en3 aku ari ni...

Bahan bahan
- 2 ekor ikan cencaru

Bahan Tumbuk
- 3 biji bawang merah
- 2 ulas bawang putih
- sedikit belacan
- 5 biji cili
- sedikit air asam jawa pekat
- gula dan garam
(kasi tumbuk lumat semua bahan di atas)

Cara Cara
1. Masukkan bahan bahan yang ditumbuk lumat ke dalam perut ikan. Sumbat sampai bahagian kepala.
2. Kemudian goreng dalam minyak yg sedia panas. Angkat dan hidang.


Monday 15 July 2013

Ikan Bawal Bersos Ala Thai...


Dari semalam dok godek2 dapur kekawan..
Lastly jadilah menu berbuka hari ni ikan bawal bersos ala thai ni dr umh CMG...
Thanks kepada tuan punya resepi kerana share resepi yg best ni..
Tak nak tulis panjang2..resepi di bawah..


 Bahan-Bahannya :-)
2 ekor ikan bawal sederhana besar
1 batang serai, dititik
1 kuntum bunga kantan, dihiris
1 cm lengkuas, dititik
1 cm halia, dititik
5 biji bawang merah, dihiris
2 helai daun limau purut, dihiris
2 camca besar sos ikan
1 1/2 camca besar cuka makan
3 biji cili merah*
2 ulas bawang putih*
1 1/2 camca besar gula*(*ditumbuk hingga lumat)

Cara membuatnya :-)
  1. Ikan disiang, cuci bersih dan perap dengan jus lemon dan garam 10 minit, cuci kembali dan toskan. Kelar2 ikan, lumur dengan kunyit serbuk dan sedikit garam. Goreng hingga garing. Angkat dan toskan, alih ke dalam pinggan sesuai.
  2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis bawang hiris, lengkuas dan halia titik hingga harum. Masukkan bahan tumbuk lumat tadi. Tambah cuka dan sos ikan, gaul rata dan masukkan serai, hirisan daun limau purut dan hirisan bunga kantan.
  3. Masak hingga pekat dengan api perlahan. Dan tuang sos atas ikan tadi, hias dengan hirisan daun ketumbar (tak letak, sebab tak de) dan hidangkan segera....yumm yumm..


Bila Nak Suruh Dia Diam...

melayan upin ipin cmni la bila mama ngah masak untuk berbuka




lenguh dh baring...layan cmni plk...smpai muncung mulut dibuatnya


Sunday 14 July 2013

Sup Tulang...


Dah siap makan dah semua...
Aku ni perut terasa full sangat dh..
Nasib baik tadi tak makan nasi lgi..
Juz berbuka ngn kurma, air dan kuih2 dulu...
Pastu g solat jap..
Ingat lepas solat nk makan nasi..
Ambk sup tulang ni pastu dok hirup...
Last2 terasa full sangat dh perut sebab dok hirup sup ni...
Oklah kan...bleh la berdiet ckit...
Tapi kalau berdaging bagai ni bleh dikategorikan diet gk ker..ihihiihih

Bahan-bahan :
 
1 kg tulang berdaging
2 s/b minyak makan
2 s/b rempah sup - bancuh dgn air sikit
1 batang serai - ketuk
7 biji cili padi - di hiris
garam
air secukupnya 
7 biji bawang merah - dimayang
3 ulas bawang putih - dimayang
3 sm halia - di hiris
1 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga

Cara membuat :
 
1. Tulang dipotongkan kecil. Basuh dan toskan.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dihiris dan rempah.
3. Masukkan rempah sup, tulang, serai dan kacau rata.
4. Rebuskan sehingga daging di tulang betul-betul lembut.
5. Masukkan cili dan garam. Biarkan mendidih.
6. Tutup api dan hidang. 

Saturday 13 July 2013

Kam Heong Chicken...


Berbuka ngn apa hari ni...
Mesti banyak la ni juadah2 yg menarik...
AKu hari ni mmg masak simple2 jer...
Rasa cm nk makan kering2 jer...
Lagipun en somi mmg suka makan kering2 cmni...
Sahur lagi la simple...dia kalau ada ikan bilis goreng pedas dh okey dah...
Senang keja aku...
Macam ayam kam heong ni...
Jangan tanya aku mana dapat nama kam heong ni yer...sebab aku pun xtau..
Ayam ni mmg sedap bila makan ngn nasi panas2...
Aku memang suka makan nasi panas2 pastu cm lembik2 ckit...
Fuhhhh berpeluh...kena plak ngan ayam ni pedas2...
Memang mabeles...
Ayam ni memang aku masak untuk sahur sekali...
Senang time sahur jer aku panaskan...
So cepat keja kan...Aku memang takde mood betul kalau nk masak pagi2...

SUMBER : DjDayangJack & K.Nor Ganu 

 Bahan-bahan:

     2 dada ayam - dihiris
     1/2 putih telur
     1 sudu besar kicap
     ½ sudu kecil garam
     beberapa lada
     3 sudu besar tepung jagung


Untuk sos:

     2 ulas bawang putih-dicincang halus
     1 bawang kecil - dipotong menjadi ketulan
     10 daun kari
     2 sudu besar udang kering - rendam dan dicincang halus
     4 biji cili padi , dicincang
     1 sudu besar serbuk kari
     1 1/2 sudu besar sos tiram
     1 sudu besar kicap soya
     1/2 sudu kecil kicap pekat
     3 sudu besar air
     1 sudu besar gula
     garam secukup rasa

     Perap daging dengan putih telur, kicap, garam, lada. Ketepikan seketika sekurang-kurangnya satu jam.  Masukkan tepung jagung. Gaul rata.
     Goreng ayam sehingga perang keemasan. Keluarkan ayam dan ketepikan seketika. Buangkan minyak goreng ayam tadi dan tinggalkan sekadar 2 sudu sudu besar minyak  untuk memasak sos.
     Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan bawang sehingga wangi dan kekuningan. Masukkan udang kering, cili dan daun kari dan terus tumis sehingga wangi.
     Tambah semua perisa dan air. Masak selama beberapa saat dan masukkan ayam tadi. Gaulkan sehingga sebati.
     Hidangkan bersama nasi hangat.

Kek Coklat Kukus Munira....


 Alhamdulillah dah 3 hari kita berpuasa kan...
Dah 3 hari jgk aku ni tak larat...
Asyik selsema ngn batuk jer...pastu cmpur pening kepala..
Tapi still larat lagi nak posa..bukan apa malas bila nk mengganti tu la..
Dan brapa hari jgk aku tak update blog aku ni..
Memang tak larat..ngn pening kepala lgi..
Tak sanggup nk ngadap lappy ni lama2...
Hari ni rasa sihat ckit..teringin plk nak makan kek coklat..
Cakap jugak kt en somi tak payah la beli kuih kt bazaar..
Bukan apa semalam dia beli kuih pastu ngn aku xde selera mmg ke tong sampah la jawabnya...


Kek ni aku tengok ramai betul blogger2 masakan membikinnya..
So apa lagi aku pun rasa la teruja jugak nak mencubanya..
Tapi aku ni xde la toppingnya..malas...
Makan cmtu pun dh sedap..
En somi plk dok ulang makan jer....
Dia cakap dh lama aku tak buat kek coklat..
Memang pun...aku rasa mmg dah lama aku tak membaking ni...
Okey la terima kasih pada tuan punya resepi ni kerana share resepi kek coklat yg sangat sedap ni...
Ni pun aku copy resepi ni hasil dr skodeng umah Jemari Asmara..

SUMBER : Jemari Asmara

Bahan-bahannya:

Bahan A

  • 1 cawan gula pasir
  • 1 cawan serbuk koko
  • 1 cawan susu cair
  • 1 cawan susu pekat
  • 1 cawan minyak masak
  • 1 sudu kecil serbuk nescafe
** semua bahan di atas digaul sebati dan masak atas api perlahan sehingga gula larut. Matikan api dan rehatkan sekejap bila dah sebati.

Bahan B - di ayak

  • 3/4 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil (sudu kfc) soda bikarbonat
  • 1 sudu kecil (sudu kfc) baking powder

Bahan C
4 biji telur - diblender 

 
Cara-caranya:
 
Satukan bahan B dan bahan C ke dlm bahan A secara berselang seli dan gaul dgn senduk sahaja.
Bila dah sebati masukkan ke dlm loyang yang digris dan dilapik kertas kalis minyak. (aku juz sapu ngn marjerin jer kat loyang tu)
Kukus selama 1 jam atau sehingga masak. Jangan buka pengukus semasa proses mengukus 45 minit yg pertama takut kek jadi mendap.


Sunday 7 July 2013

Tudung Ala Fareeda..


TIBA-TIBA NAK WAT IKLAN KAT SINI YER
KOLEKSI TUDUNG ALA FAREEDA YANG HANYA TINGGAL DUA JER LAGI
DI BUAT DARIPADA KAIN SIFFON CREPE DENGAN JAHITAN KRISTAL JURAI

HARGA SEHELAI : RM 55
HARGA DUA HELAI : RM 100

PENGHANTARAN PERCUMA



Friday 5 July 2013

Kerabu Tomato Ikan Bilis..


Hari ni elok jer aku ngah masak bleh plk gas hbis...
Suruh en somi pergi kedai kt bawah ni beli gas..
Sekali dia naik cakap lepas semayang jumaat baru orang tu anta...
Nasi mmg dah siap masak..
Cuma sup ayam aku jer baru nak menggelegak kt dapur tuh...
So apalagi sambil tggu2 tu bikin la kerabu tomato ni..
Tak payah nk guna gas..
Main hiris2 gaul2 jer..
Ikan bilis memang aku dh siap goreng sebab selalunya prepare utk nasi lemak...

SUMBER : Roz Home Kreation 

Bahan - bahan : 

2 tomato - dihiris 1 genggam ikan Bilis - goreng kemudian tumbuk kasar 1/2 bawang besar 3-4 Cili Padi - dihiris 1 batang serai - dihiris 1 sudu besar perahan lemon
Garam & gula
 

Cara - cara :

Campur semua, kacau-kacau dan sedia untuk dihidangkan..


 

Tuesday 2 July 2013

Masak Lemak Ikan Keli Salai


Ngahari tadi ikut en somi g kl..
Balik ikut hulu langat..
Sekali nampak gerai jual ikan salai, itik salai...
Lastly sangkut la ikan keli salai 2 ekor.,..
Cukup la kitaorg 2org...
Bikin masak lemak...en somi suh buat pedas2 punya...
Jadi la menu dinner kitaorang malam ni..
Kemain berpeluh kitairg makan,..pedas katakan...
Terus mencair lemak kt badan aku ni...
Erkkk bleh ek cmtu..hihiih...

Bahan-bahannya:

2 ekor ikan keli salai
15 biji cili padi
2 keping asam keping
1 kotak santan segera
1 batang serai - diketuk
Garan secukup rasa
Kunyit hidup –

Cara-caranya: 

Tumbuk cili api bersama garam dan kunyit.Campurkan bahan tumbuk ke dalam periuk, masukkan santan kotak dan tambah sedikit air.Jerang atas api sehingga kuah separuh menggelegak.
Masukkan ikan keli salai tad.Kacau rata dan biarkan lagi sehingga menggelegak, selepas itu tutup api siap untuk dihidangkan bersama nasi panas.


Monday 1 July 2013

Anak-Anak Sekarang...


Tengok la ni bila dah dapat telefon..cmni la gayanya...ntah bergayut ngn sapa ntah...



Nasib baik la telefon mama dia ni versi lama....kalau yang baru dia main hentak2 alamak menangis tak berlagu la mama dia  ni..





Kalau dah buat muka cmni...aduhaiii nak marah pun xbleh...geram sangat2 ngn budak nih...



Hah ambk ko...main msg plk..hihiihi